Subscribe

RSS Feed (xml)

PENGENALAN

Pengenalan

Qigong China adalah kebudayaan yang berasal dari zaman masa lampau, ia telah mengalami zaman kegemilangan dan juga kemerosotan sehingga hari ini. Pada abad ke-20 tahun 80-an, terdapat letupan besar di permukaan matahari, letupan tersebut telah menghasilkan satu daya tolakan yang sangat besar ke atas cakarawala. Oleh kerana itu, keadaan dunia ini telah menghala ke satu paras kesederhanaan dan suasana di negeri China telah menjadi lebih baik. Tahun 80-an adalah titik pertukaran dalam sejarah zaman, ia merupakan satu permulaan dalam sains yang lebih moden, juga merupakan satu permualaan dalam zaman revolusi alam semesta. Pada masa inilah, Guru Pengasas Zhao Jin Xiang, telah memperkenalkan Qigong Hexiang Zhuang China Tahap 1 (Dong Gong – senaman bergerak). Di bawah perancangan, organisasi dan pimpinan guru pengasas Zhao, pada 19 November 1980, Gigong Hexiang Zhuang China telah ditubuhkan.

Sebaik sahaja Gigong Hexiang Zhuang China (China Soaring Crane Qigong, dalam bahasa Inggeris) diperkenalkan, qigong ini telah diperluaskan dengan cepatnya kerana sifat-sifatnya seperti: simple dan senang belajar, dapat qi dengan cepat, membuka sumbatan meridian dengan cepat, pemulihan penyakit yang cepat, membuka potensi diri dengan cepat ; dan senaman Tahap 2 (zhi fa gong – senaman gerak sendiri) yang diperkenalkan selepas itu, boleh mula dan tamat dengan senang, disamping kesan pemulihan yang sangat nyata. Sehingga hari ini, pelatih qigong ini telah sampai ke angka puluhan juta orang. Gigong Hexiang Zhuang China telah menjadi salah satu aliran qigong yang berpengaruh bukan sahaja di China malah di seluruh dunia.

Pengasas Qigong Hexiang Zhuang China – iaitu Mahaguru Zhao Jin Xiang telah dilahirkan pada tahun 1937 di Bahagian Shan Dong di dalam sebuah keluarga petani. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 2009. Kebanyakan orang kampong beliau adalah mahir dalam qigong dan wushu, ibunya banyak menjalankan kerja kebajikan dan ayahnya mahir dalam qigong, perubatan cina, accupunctur, urut dan sebagainya. 

Pada bulan 6 tahun 1953 Cikgu Zhao berumur 16 tahun, beliau mendapat pekerjaan kerajaan di Beijing. Akibat daripada kerja teruk dan keletihan, beliau telah menghidap penyakit paru-paru kronik yang hampir menamatkan riwayat hidupnya. Beliau mula mendalami ilmu qigong dan perubatan cina. Selepas bertarung selama 8 tahun dengan penyakit itu, beliau akhirnya pulih daripada penyakit itu. Pada tahun 1969, Cikgu Zhao telah pulang ke kampong dan beliau telah menjumpai seorang saudara yang mempunyai ilmu qigong yang sangat mendalam. Dengan pertolongan saudara itu, beliau telah dapat meningkatkan ilmu qigong ke tahap yang lebih tinggi.


Perkara-Perkara Yang Perlu Diketahui

1.      Tujuan mempelajari qigong yang betul menjamin kesan yang baik. Kita berlatih untuk mengelakkan penyakit, menenangkan fikiran dan menyihatkan badan, memanjangkan umur untuk memberi jasa kepada masyarakat. Tujuan untuk mendapatkan keajaiban dan keuntungan diri adalah motif yang tidak betul.
2.      Syarat berlatih yang paling asas ialah masuk ke pemikiran yang tenang. Untuk mendapat pemikiran yang tenang kita harus meningkatkan moral dan akhlak kita, haruslah mengamalkan keadilan, hati yang telus, dan murah hati. Dengan ini, kita baru dapat sentiasa memelihara hati yang suka, emosi yang tenteram dan dapat mengelakkan diri daripada kehendak dan nafsu.
3.      Kita hendaklah mengikut kehendak dan ketepatan cara-cara berlatih. Setiap pergerakan ada fokus mentalnya yang tersendiri dan membawa makna dan fungsinya yang tersendiri. Tahap penguasaan pelatih dalam hal ini menentukan keberkesanan latihan itu. Pergerakan dan focus mental yang betul membukakan sumbatan meridian dan pergerakan dan focus mental yang salah menyumbatkan meridian. Oleh itu, setiap pelatih memesti berhati-hati, mengulangi pergerakan dengan betul, memastikan dirinya melakukan apa dikehendaki dalam kaedah ini.
4.      Suasan dan tempat latihan hendaklah tenteram, udara nyaman. Arah eloklah menghadap selatan. Elakkan daripada berlatih di tempat yang terbuka apabila cuaca tidak baik (contohnya, angin besar, hujan, kilat dan petir).
5.      Kaedah latihan ini tidak menetapkan masa berlatih. Kesesuaian ikut sendiri.
6.      Untuk berlatih dalam keselesaan dan ketenangan, pelatih hendaklah memakai yang lebar dan tidak terlalu ketat, tidak memakai cermin mata, jam tangan, topi dan sebagainya. Sesuai memakai kasut kanvas yang nipis tapaknya. Buang air besar dan kecil, tidak kelaparan atau terlalu kenyang.
7.      Fokus mental tidak boleh terlalu kuat, masa berlatih setiap hari tidak boleh terlalu banyak kali atau terlalu lama.
8.      Latihan ini adalah untuk kesihatan, kehidupan kita sehari-hari haruslah bersesuaian dengan kehendak kesihatan. Masa tidur dan bangun harus sentiasa sama, pengambilan zat makanan, kerja dan rehat hendaklah bersesuaian.
9.      Keyakinan dan ketekunan adalah diperlukan. Adalah terbukti bahawa psikologi kita dapat mempengaruhi fisiologi kita. Terutamanya aktiviti mental pelatih merupakan satu mesej tenaga khas. Oleh itu, kita harus tingkatkan semangat dan yakin bahawa qigong dapat menandingi penyakit, bertekun untuk berlatih, mengamalkanya sebagai kebiasaan. Terutamanya apabila terdapat reaksi penyakit selepas berlatih, kita harus bertahan untuk meneruskan latihan sehingga pulih. Setiap kali berlatih akan mengurangkan sedikit kesakitan, latihan yang berterusan akhirnya akan membawa kepada pemulihan yang diingini.
10.   Pantang-larang latihan qigong:
a.      pesakit jiwa atau terdapat pesakit jiwa antara ahli keluarga, pesakit yang banyak pendarahan, pesakit tenat, orang yang amat penakut – tidak sesuai untuk berlatih qigong. Pesakit hipetitis dan TB tidak sesuai berlatih dalam kelompok.
b.      terlalu letih, susah hati, marah dan keadaan emosi tidak stabil – tidak sesuai berlatih.
c.      perempuan datang haid dan mengandung tidak sesuai berlatih.
d.      tidak mendapat tunjuk ajar – tidak sesuai berlatih, terutamanya Tahap 2.
e.      pelatih harus kurangkan aktiviti seks. Untuk mengubati penyakit serius, harus elak 100 hari.
f.       tidak berlatih dua kaedah yang berbeza pada setiap masa.